"Tiada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah..Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang berlaku dengan tenang dan sabar..Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan sesuatu.."

Sunday, October 16, 2011

EARN EASY MONEY BY DOING BUSINESS THROUGH E-NETWORKING

E-networking has already become a trend in first world countries for many years. But for us, the Malaysian it is a new thing to be practiced. Many of us still do not know about e-networking. Me, fresh graduate student also get to know about it just by past 2 weeks. I am a student but only learn about e-networking just when I am trying to find jobs through JobStreet..?? Poor child I thought. What about the others? What about my friends? Do they really know about e-networking business? Are they?
I keep questioning myself about that because I realized our country still slow in updating current issue and new technologies because we are still living as second world country. For example, Panaflex and Nicotin already being used in Japan and China for many years ago, but Malaysia only promoted these products recently. This proved that our country is far behind the other countries.
So what it is actually e-networking business? Only a simple answer..business through internet network. What profits can you gain from it? Of course it is about money! Business makes money right? Why money is important? To support our lives! And why it is important for Malaysian? Because our life cost today are higher than our salary! And what should we do? Involved in e-networking business! How? http://www.OnlyInMalaysiaMah.com/?ref=sitti is one of the best website I have visited. You will know the answer because http://www.OnlyInMalaysiaMah.com/?ref=sitti will guide you specifically.
I shared this because I love you Malaysian. If you really determined to change and free from poor life, go to that website and you really can get the profits.

JANA WANG MUDAH MELALUI E-NETWORKING

Pada hari ini, ramai rakyat Malaysia yang telah berjaya menjadi jutawan dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan e-networking. Lakukan sahaja carian Google dan anda pasti akan dapat melihat pelbagai iklan perniagaan. Bagaimana caranya untuk menjadi jutawan internet? Benarkah perniagaan ini benar-benar menguntungkan?? Sememangnya perniagaan e-networking bukanlah satu skim cepat kaya tetapi ia merupakan alternatif untuk kita menjana kewangan sampingan.
Sebagaimana yang kita maklum, kos sara hidup di Malaysia kini amat tinggi. Walaupun gaji isi rumah mencapai 4 ribu sebulan tetapi jumlah wang tersebut masih belum mencukupi. Bagi mereka yang telah berumah tangga, masalah kewangan menjadi beban. Ibu bapa bekerja keras untuk anak-anak dan timbul pula isu pengabaian anak-anak serta masalah sosial kerana ibu bapa tidak mempunyai masa akibat terlalu memikirkan soal kewangan.
Perniagaan e-networking dapat membantu anda menangani isu ini. Perniagaan ini hanya memerlukan anda menghadap komputer atau laptop paling kurang hanya dua jam sehari tetapi anda mampu menjana wang yang jauh lebih banyak dari gaji sebulan anda..!! Sukar untuk dipercayai tetapi inilah sumber pendapatan mereka yang celik IT dan telah lama menceburi bidang ini untuk bergelar jutawan. Perniagaan e-networking tidak memerlukan anda membanting tulang, memberikan anda masa untuk bersama keluarga dan membolehkan anda hidup tanpa bebanan hutang. Anda tidak perlu lagi risau tentang hutang yang tertunggak dan tidak perlu mengikat perut kerana perlu berjimat.
Berikut merupakan antara laman e-networking yang terbaik untuk anda layari.
Mungkin anda masih ragu-ragu tetapi inilah penyelesaian terbaik untuk anda menjana kewangan diri dan keluarga. Sesuai juga dengan sunnah Rasulullah SAW yang menggalakkkan umatnya terlibat dalam dunia perniagaan kerana sesungguhnya perniagaan menyumbang 99 % keuntungan kepada manusia.

Wednesday, April 6, 2011

10 THINGS TO LEARN FROM JAPAN

1. THE CALM - Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated.

2. THE DIGNITY - Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.

3. THE ABILITY - The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn't fall.

4. THE GRACE - People bought only what they needed for the present, so everybody could get something.

5. THE ORDER - No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding.

6. THE SACRIFICE - Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid?

7. THE TENDERNESS - Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak.

8. THE TRAINING - The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that.

9. THE MEDIA - They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage.

10. THE CONSCIENCE - When the power went off in a store, people put things back on the shelves and left quietly

by Prof Ahmad Ismail, Lecturer of FST

Wednesday, March 30, 2011

GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 2 2010/2011

TUGASAN KUMPULAN
BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK
DIORAMA HIDUPAN LAUT : THE MAKING OF MARINE LIFE


video

Nama ahli kumpulan

Roziana bt Ab Rasit (A123927)
Norsyazana bt Zulkifli (A125102)
Nur Munirah by Sabki (A125126)
Siti Khadijah bt Omar (A125169)
Nur Syairah bt Mohamad (A128536)
Nur Syafiqah bt Muhammad Situl (A128573)

Monday, March 21, 2011

GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 2 2010/2011 BBM BUKAN ELEKTRONIK

PUZZLE

Bahan-bahan:
-kotak terpakai
-cardboard keras
-pembalut hadiah/majalah
-kertas warna
-gam
-gunting & pisau
-hiasan

Cara membuat:
1. Potong cardboard keras mengikut bentuk segi empat tepat untuk dijadikan papan puzzle.
2. Potong kotak terpakai untuk dijadikan bingkai papan puzzle. Tampal bingkai dengan kertas warna. Tampal bingkai pada setiap sudut papan puzzle.
3. Potong kotak terpakai mengikut saiz papan puzzle yang berbentuk segi empat. Tampal kepingan kotak yang telah dipotong dengan gambar dari majalah atau pembalut hadiah. Kemudian, potong kepingan kotak tersebut mengikut bentuk-bentuk yang disukai untuk dijadikan kepingan kecil puzzle.
4. Untuk sentuhan terakhir, hias papan puzzle mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar puzzle daripada pelbagai sudut:

1. Long shot


 2. Close up


3. Extreme close up


 4. High angle shot & medium close up


5. High angle shot


6. Low angle shot & medium close up


7. Low angle shot


8. Medium close up


9. Medium shot from left & right view


10. Medium shot



Wednesday, March 9, 2011

Kasih Ayah Sepanjang Masa..Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kes melibatkan pengabaian penjagaan orang tua semakin menular dan menjadi-jadi. Ke mana hilangnya nilai hormat dan sayang golongan muda pada warga emas ini? Apakah salah didikan daripada ibu bapa mereka sendiri? Atau adakah generasi kini sememangnya lebih mementingkan periuk nasi sendiri dan menjadi umpama kacang melupakan kulit?

Butakah mata kita untuk melihat kedutan seribu pada wajah ibu dan ayah? Pekakkah kita untuk mendengar tangisan hati mereka?

Soal siapa yang harus menjaga ibu bapa setelah mereka tua merupakan satu perkara remeh yang tidak seharusnya dibangkitkan. Jika mereka mampu menjaga kita dengan membanting tulang empat kerat dan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..apakah perlu kita saling menuding jari sesama saudara kerana semata-mata tidak mahu terbeban dengan hanya perlu menjaga 2 orang insan? 

Golongan wanita seharusnya lebih memahami kerana hanya mereka yang tahu bagaimana peritnya saat menghadapi kelahiran anak. Bagi lelaki, mereka juga mungkin mengerti betapa susahnya hidup dalam mencari sesuap nasi.

Jika seorang ibu/bapa boleh menerima seburuk-buruk anak mereka, mengapa tidak kita? Di dunia ini tidak ada insan yang sempurna termasuk IBU BAPA. Khilaf sentiasa ada. Oleh itu, maafkanlah segalanya. MAAF ITU PENGUBAT SEGALA PENYAKIT HATI.

Doakan kesejahteraan ibu bapa kita. Hargailah kehadiran mereka. Terima segala nasihat yang selalu kita anggap sebagai bebelan yang menyakitkan telinga, tetapi itulah sebenarnya tanda sayang mereka kepada kita. Sesungguhnya kasih ayah sepanjang masa dan kasih ibu membawa ke syurga.




Maksudnya :
Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Wednesday, March 2, 2011

GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 2 2010/2011


SEJAUH MANA KEBERKESANAN SISTEM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN (E-LEARNING) DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

            Isu sistem pembelajaran atas talian atau e-pembelajaran sudah lama diperkatakan sejak pada awal pelaksanaannya sehingga sekarang. E-pembelajaran mula diperkenalkan seiring dengan perkembangan ICT di negara kita. Ia merupakan satu inisiatif untuk memantapkan lagi sistem pendidikan negara dalam menghadapi cabaran alaf ke-21. Menurut Jaya Kumar, e-pembelajaran adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Penggunaan e-pembelajaran dalam sistem pendidikan bukan untuk mengambil alih tugas guru tetapi bertujuan untuk memudahkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.

            Namun, sejauh mana keberkesanan sistem pembelajaran ini dalam memperbaiki sistem pendidikan di negara kita?

            Sebagaimana yang kita sedia maklum, e-pembelajaran merupakan sistem pendidikan moden yang sememangnya amat berbeza berbanding sistem pendidikan tradisional. Menerusi pembelajaran atas talian, pelajar hanya perlu menghadap komputer untuk mendapatkan nota, belajar, membuat perbincangan secara maya atau membuat sebarang capaian yang berkaitan dengan pembelajaran. Segala tugasan pelajar menjadi mudah ekoran perkembangan teknologi yang sememangnya menjadikan dunia umpama di hujung jari. Ini menyebabkan pelajar menjadi lebih pasif, malas dan kurang berusaha. Selain itu, komunikasi yang terhad menyebabkan wujud jurang yang besar antara seorang guru dan pelajar.

             Sistem pendidikan tradisional pula lebih mementingkan interaksi antara guru dan pelajar. Di dalam bilik darjah, pelajar perlu lebih aktif untuk memahami dan menerima apa yang disampaikan oleh guru. Guru pula memainkan peranan dengan mencurahkan segala ilmu, maklumat dan menjawab segala persoalan yang diajukan oleh pelajar. Guru juga mesti bijak dalam mewujudkan komunikasi berkesan dengan pelajar. Hal ini amat penting kerana setiap pelajar mempunyai kerenah dan ragam yang pelbagai. Pelajar yang pasif dan pemalu perlu diberi perhatian dengan memperbanyakkan aktiviti dan interaksi di dalam bilik darjah. 

            Perubahan sistem pendidikan selalunya dikaitkan dengan perkembangan pembangunan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, aktiviti pembangunan di Malaysia adalah tidak sekata. Pembangunan di luar bandar masih pada tahap minimum dan tahap pendidikan masyarakat di luar bandar juga masih jauh ketinggalan. Kebanyakan penduduk luar bandar mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan kurang terdedah pada perkembangan teknologi dunia. Pendapatan semasa mereka juga lebih rendah menyebabkan mereka tidak berkemampuan untuk memiliki sebuah komputer di rumah. Kawasan luar bandar yang terpencil dan jauh di pedalaman juga menyebabkan sekolah gagal dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang sepatutnya. Selain itu, tidak ramai guru-guru pakar yang sanggup berkorban untuk menabur bakti di kawasan pedalaman. Segala permasalahan ini menyebabkan sistem e-pembelajaran tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di kawasan luar bandar.

            Berbanding pelajar yang hidup di bandar, kebanyakan ibu bapa mempunyai pendapatan yang tinggi dan mampu memberikan kemudahan untuk pembelajaran anak-anak. Mereka juga lebih terdedah pada perkembangan teknologi semasa. Taraf hidup yang tinggi menjadikan pelajar di bandar lebih aktif dan mempunyai tahap pendidikan yang jauh lebih baik. Kemudahan infrastruktur di sekolah pula jauh lebih lengkap dan para pendidik terdiri daripada guru-guru mahir. Jurang pembangunan yang wujud antara luar bandar dan bandar ini telah menyebabkan kecacatan pada pelaksanaan sistem e-pembelajaran yang hanya bermatlamat untuk memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

            Ternyata masih banyak kekurangan dalam pelaksanaan dan keberkesanan sistem e-pembelajaran di negara kita. Banyak usaha yang perlu digandakan bagi memperbaiki segala kelemahan ini. Walau bagaimanapun, pelajar sendiri perlu memainkan peranan dalam menentukan masa depan mereka. Sejauh mana keberkesanan e-pembelajaran sebenarnya banyak bergantung pada seseorang pelajar itu sendiri.


Link berkaitan tugasan GGGE2123 Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan;
10 Gambar Teknologi & Inovasi