"Tiada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah..Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang berlaku dengan tenang dan sabar..Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan sesuatu.."

Wednesday, March 9, 2011

Kasih Ayah Sepanjang Masa..Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kes melibatkan pengabaian penjagaan orang tua semakin menular dan menjadi-jadi. Ke mana hilangnya nilai hormat dan sayang golongan muda pada warga emas ini? Apakah salah didikan daripada ibu bapa mereka sendiri? Atau adakah generasi kini sememangnya lebih mementingkan periuk nasi sendiri dan menjadi umpama kacang melupakan kulit?

Butakah mata kita untuk melihat kedutan seribu pada wajah ibu dan ayah? Pekakkah kita untuk mendengar tangisan hati mereka?

Soal siapa yang harus menjaga ibu bapa setelah mereka tua merupakan satu perkara remeh yang tidak seharusnya dibangkitkan. Jika mereka mampu menjaga kita dengan membanting tulang empat kerat dan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..apakah perlu kita saling menuding jari sesama saudara kerana semata-mata tidak mahu terbeban dengan hanya perlu menjaga 2 orang insan? 

Golongan wanita seharusnya lebih memahami kerana hanya mereka yang tahu bagaimana peritnya saat menghadapi kelahiran anak. Bagi lelaki, mereka juga mungkin mengerti betapa susahnya hidup dalam mencari sesuap nasi.

Jika seorang ibu/bapa boleh menerima seburuk-buruk anak mereka, mengapa tidak kita? Di dunia ini tidak ada insan yang sempurna termasuk IBU BAPA. Khilaf sentiasa ada. Oleh itu, maafkanlah segalanya. MAAF ITU PENGUBAT SEGALA PENYAKIT HATI.

Doakan kesejahteraan ibu bapa kita. Hargailah kehadiran mereka. Terima segala nasihat yang selalu kita anggap sebagai bebelan yang menyakitkan telinga, tetapi itulah sebenarnya tanda sayang mereka kepada kita. Sesungguhnya kasih ayah sepanjang masa dan kasih ibu membawa ke syurga.




Maksudnya :
Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

No comments:

Post a Comment