"Tiada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah..Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang berlaku dengan tenang dan sabar..Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan sesuatu.."

Friday, January 28, 2011

GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 2 2010/2011 (BAHAGIAN I)

10 KOLEKSI GAMBAR TEKNOLOGI & INOVASI

1) KERETA TERBANG

Transition merupakan pesawat darat atau kereta terbang keluaran Terrafugia. Kemampuannya telah diuji pada Mac 2010. Kenderaan hibrid gabungan kereta dan kapal terbang ini telah menerima pengiktirafan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). FAA telah memberi kebenaran kepada kenderaan ini untuk mempunyai berat melebihi daripada berat standard pesawat sukan ringan (LSA) iaitu 599 kilogram. Juruterbangnya memerlukan kelulusan lesen dengan mengikuti kursus mudah sebagai juruterbang LSA. Terrafugia mahu memasarkan Transition kepada juruterbang persendirian. Syarikat ini menyediakan latihan selama 20 jam bagi mereka yang berminat untuk memandu Transition, manakala juruterbang sedia ada hanya perlu menjalani kursus persediaan sahaja. Kereta terbang ini boleh ditempah mealui bayaran deposit sebanyak RM31, 346. Harga jangkaannya antara RM627, 000 hingga RM784, 000. Keunikan pesawat ini ialah ia mempunyai sayap yang boleh dikembangkan apabila terbang dan dilipat apabila dipandu sebagai kereta. Ia juga mempunyai sitem keselamatan seperti beg udara dan payung terjun.



2) ROBOPANDA

Merupakan robot yang dicipta dapat meniru aksi beruang panda. Robot ini memiliki sepasang mata yang bersinar dan terang. Ia sesuai untuk pengalaman interaktif kanak-kanak kerana mampu bercerita, bersembang, berjenaka, dan bernyanyi. Ia juga mampu melakukan aksi seperti merangkak dan duduk. Ia direka tanpa menggunakan alat kawalan jauh. Robopanda ini dikawal melalui sentuhan dan suara.


3) BOTOL MINUMAN 321
Botol minuman ini direka oleh syarikat Half A Teaspoon yang mana ia dilengkapi sistem penapisan air berwarna biru. Reka bentuknya ringkas. Ia bertindak menapis air paip yang terus dimasukkan ke dalam botol minuman tersebut. Penapis yang digunakan mempunyai blok karbon yang dapat membuang kandungan klorin dan sebarang rasa yang kurang menyenangkan. Ia boleh digunapakai lebih daripada 100 kali dan mampu menjernihkan sebanyak 50 liter air. Harga semasa adalah $44.60.


4) USB AROMA

USB ini  tidak berfungsi sebagai peranti simpanan dan tidak mempunyai kapasiti untuk memori. Ia direka khas sebagai penyegar udara untuk kegunaan pada komputer. Ia mempunyai 3 haruman iaitu ros, jasmin dan lavender. Selain itu, ia direka dengan pelbagai warna seperti hitam, kelabu, merah, hijau, biru laut, oren, jingga, dan sebagainya.

 
5) PEN USB

Merupakan pen yang mampu berfungsi 3 dalam 1. Boleh digunakan untuk menulis, merekodkan suara dan memainkan MP3. Thanko Pen mampu menyimpan audio antara 32 hingga 68 jam dan had kapasitinya adalah 512 MB atau 1 GB. Pen ini juga boleh dihubungkan pada komputer melalui USB yang direka padanya. Pen ini sesuai digunakan bagi penulis bagi mencatatkan idea penulisan ataupun merekodkan perkara yang penting sewaktu menjalankan tugas. Kekurangan pen ini adalah baterinya hanya mampu bertahan selama 3 jam setiap kali dicas.


6) KOMPUTER MASA DEPAN
      
Komponen pen ini berfungsi untuk menghasilkan monitor dan papan kekunci komputer pada mana-mana permukaan yang rata. Monitor dan papan kekunci yang dihasilkan oleh kamera pada pen ini boleh digunakan sebagaimana kita menggunakan komputer biasa. Pen ini masih lagi dalam proses penyelidikan di Jepun dan dijangka mampu menjadi pengganti komputer yang ada pada masa kini.







7) RADIO MV-CM001U
Radio keluaran Novac ini dibuat daripada bahan kayu dan ia mudah dikendalikan. Produk ini dihasilkan bagi pengguna yang masih gemar mendengar radio dengan menggunakan pita kaset. Radio ini dapat menukarkan lagu pada pita kaset kepada bentuk MP3. Ia juga boleh menyokong fail dalam bentuk WAV dan WMA.

 
8) SAMSUNG BABYVIEW (SWE-3030)
Gadjet ini berfungsi sebagai kamera 2 hala untuk  kegunaan ibu bapa bagi memerhatikan anak-anak yang masih kecil. Ia dikeluarkan oleh Samsung Techwin America dengan dilengkapi monitor dan kamera wayarles, sistem interkom 2 hala, zum digital, alat pengesan suhu bilik berserta penggera, dan kamera inframerah untuk tinjauan pada waktu malam. Ia juga mempunyai butang yang membolehkan kamera memainkan lagu bagi menidurkan bayi. Harga jangkaan antara USD199 hingga USD299.


 
9) ROBOT PEMBANTU RUMAH
Disebabkan masalah pertambahan nisbah golongan tua di Jepun, penyelidik di negara matahari terbit ini berusaha mencipta robot yang mampu membantu kehidupan seharian warga tersebut. AR berfungsi sebagai robot pembantu rumah yang menjalankan tugas membersihkan lantai, mencuci pakaian dan menyediakan sarapan. Projek ini dilakukan oleh Universiti Tokyo dengan kerjasama Toyota Motor Corp. Berat prototaip ini adalah 130 kg (286 lbs). Ia mampu mengenalpasti objek dengan menggunakan penglihatan stereoskopik.


10) TELEVISYEN SENTUH
  
Televisyen keluaran LG ini dilengkapi dengan 2 batang pen digital yang boleh digunakan bagi menulis dan melukis di atas skrin. Fail pada skrin boleh ditarik dan diletakkan di mana-mana sekitar skrin. Televisyen bersaiz 60 inci ini dijangka mampu menarik perhatian ramai disebabkan pengalaman interaktif yang ada padanya. Keluaran televisyen ini mula dilancarkan pada bulan Mac di Korea dan di seluruh dunia pada bulan Ogos.   






No comments:

Post a Comment