"Tiada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah..Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang berlaku dengan tenang dan sabar..Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan sesuatu.."

Friday, January 28, 2011

GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 2 2010/2011 (BAHAGIAN II)

10 KOLEKSI VIDEO TEKNOLOGI & INOVASI

1)  TONGOYS

Mainan ini direka cipta bagi merangsang minda kanak-kanak agar lebih kreatif dengan melibatkan mereka dalam proses pembinaan model mainan yang direka sendiri oleh mereka.


2) TANGGA PIANO

Tangga pada stesen komuter ini telah diubahsuai menjadi seperti piano bagi menggalakkan orang ramai lebih menggunakan tangga berbanding eskalator. Usaha ini adalah bagi memupuk minat generasi muda mahupun generasi tua agar lebih banyak melakukan senaman dengan hanya menggunakan tangga.


3) KERETA MASA DEPAN REKAAN JEPUN

Video ini memaparkan beberapa kereta ciptaan Jepun yang lebih mesra pengguna. Ia dilengkapi dengan reka bentuk yang menarik, sistem keselamatan yang lebih baik dan kepelbagaian fungsi yang tidak ada pada kenderaan masa sekarang.


4) TONG SAMPAH PALING DALAM DI DUNIA

Tong sampah ini dilengkapi dengan sistem bunyi seolah-olah sampah yang dibuang ke dalam tong tersebut jatuh jauh ke dalam bumi. Tong sampah ini direka bagi memupuk masyarakat agar membuang sampah pada tempat yang disediakan.
   

5) ROBOT KASUT

Mainan ini dihasilkan daripada reka bentuk kasut Nike dan diubahsuai menjadi robot. Inovasi ini menarik perhatian kanak-kanak dan remaja ekoran populariti cerita fiksyen "Transformer" pada masa kini.


6) KAMERA HAD LAJU

Kamera had laju ini diubahsuai menjadi lebih menarik dengan menjadikan jalan raya sebagai tempat berseronok dengan cara yang lebih baik. Pemandu yang memandu pada had laju paling minimun akan diberikan ganjaran berasaskan cabutan bertuah. Usaha ini dilakukan agar pengguna jalan raya mematuhi had laju yang ditetapkan sewaktu memandu di jalan raya.


7) PRODUK MESRA ALAM

Produk hasil inovasi penduduk Jepun ini direka bagi memupuk kepentingan menjaga alam dengan menggalakkan penjimatan penggunaan air dan pentingnya kitar semula dalam proses menjaga keseimbangan alam.


8) MESIN MAINAN TONG BOTOL

Tong kitar semula botol ini telah diubahsuai menjadi mesin mainan dengan pengguna hanya perlu memasukkan botol ke dalam tong dan markah akan diberikan berdasarkan bilangan botol. Reka cipta berasaskan permainan ini mampu menarik perhatian orang ramai agar melakukan kitar semula bagi menjaga alam sekitar.


9) HOLOGRAM YANG DAPAT DISENTUH
Hologram terkini hanya boleh dilihat tetapi saintis Jepun telah berjaya mereka hologram yang dapat disentuh. Walaupun kajian tersebut masih dalam peringkat permulaan, kemungkinan beberapa tahun lagi hologram yang dapat disentuh ini berjaya dikomersialkan.


10) TEKNOLOGI APPLE i-PAD

Teknologi terbaru ini adalah lebih canggih dan mempunyai pelbagai fungsi yang mampu menarik minat pengguna yang menggemari gadjet elektronik.
 

No comments:

Post a Comment