"Tiada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah..Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang berlaku dengan tenang dan sabar..Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan sesuatu.."

Wednesday, February 9, 2011

Tahap Mana Sembahyangku..??

1. sembahyangku tanpa ilmu. lebih kepada ikut-ikut sahaja. sembahyangku tidak diterima oleh Allah.
2. sembahyangku dalam lara atau fikiranku melayang-layang tanpa ada usaha mengawalnya. neraka Wail adalah balasanku.
3. sembahyangku kerana segan pada makhluk Allah. sembahyangku tertolak.
4. sembahyangku pada peringkat mujahadah tetapi hatiku masih gagal dibawa dalam sembahyang. Allah terima sembahyangku setakat yang aku khusyuk sahaja, selebihnya tertolak.
5. sembahyangku dengan akal boleh disibukkan dengan mengingati makna-makna bacaan dan pergerakan sembahyang serta tidak lalai. 

pada tahap manakah solat yang kita kerjakan selama ini? bersama kita renung-renungkan dan muhasabah diri.


No comments:

Post a Comment